Catatan

7 YEARS AGO...

  Assalammualaikum     Saya Maisara.      Saya 17 tahun dan bakal menjadi calon SPM 2024. My mother is a blogger. Tak ingat dah nama blog dia apa jadi pandai-pandai lah cari. Macam biasa, masih tak tahu nak letak tajuk apa. Tak pandai bab-bab letak nama ni. Tidaklah sebijak mana.      Tujuh tahun berlalu tanpa menaip apa-apa kerana melalui kehidupan yang penuh dengan pancaroba tetapi jangan risau dengan adanya kucing hidup ini bakal bertukar menjadi bulu-bulu kehidupan pula. Dalam tujuh tahun itu juga banyak perkara yang sudah berlaku. Pada 2017 saya adalah budak sekolah rendah yang masih hingusan dan tiada konsistensi. Ketika itu juga saya tiada sebarang kebanggaan yang boleh ditunjuk dan boleh kata beban keluarga yang belum sedar diri tu beban.      Pada tahun 2018 saya mengambil peperiksaan UPKK dan berjaya memperoleh 8A yang sejurus itu membuat saya kembang hidung hampir sebulan kerana saya tidak pernah ambil serius dalam pembelajaran di sekolah fardhu ain. Pergi setakat nak jump

PERANGAI ADIK

Imej
Hai, saya Maisara .  Umur saya 10 tahun.Saya baru buat blog, ibu saya seorang Blogger .blog dia www.dianarashid . Ini kali pertama saya tulis blog, saya pernah terfikir nak jadi Blogger tapi tak tahu nak letak nama apa. Saya kalau nak tulis panjang panjang saya saya selalu tulis dekat Instagram saya. Blog ni saya buat untuk saja saja. Sepanjang cuti sekolah ni saya tak ada kerja langsung, boring boring, gaduh dengan adik. Ohh ye, cakap pasal adik jom saya nak cerita sikit. Ni gambar saya dan adik saya, saya ni comot kan? Adik saya yang sebelah tu tengah buat "Peace" tu. Dia buas orang tengok pun mesti diorang kata "Wow! He is so cute!" Tapi..... harap je muka comel tapi perangai dia macam hantu! Entah entah hantu pun lari? hihihi... Tak boleh duduk diam, bising, suka usik orang dan pelik pelik perangai dia. Dia suka tengok animasi kartun Ultraman Orb dan Ultraman Ginga. Hari hari main Ultraman. Memang berani sangat! sampai masa dia pergi kampung, dia